Lawak jenaka . com

Welcome Guest

Search:

Orang Melayu ke?

Share this lawak:

View PDF | Print View
by: ZeMMs
Word Count: 205
Date: Sat, 13 Jan 2007 Time: 12:00 AM
8 comments

Seorang penumpang berada di atas kapal terbang yang sedang terbang melintasi Lautan Hindi. Di sebelahnya sedang mengelamun seorang lelaki separuh umur. Penumpang ini pun bertanya kepada lelaki di sebelahnya itu, "Encik orang Melayu ke?". Lelaki itu menoleh kemudian berkata dengan yakin "Bukan!". Penumpang tadi berasa kurang puas hati. Dia bertanya sekali lagi, "Awak ni bukan orang Melayu ke?". Lelaki tadi memandangnya dengan renungan yang tajam, "Saya kata bukan, bukanlah".  

Selang beberapa minit kemudian, penumpang itu bertanya lagi, "Encik pasti bahawa encik bukan orang Melayu?". Lelaki itu tidak menjawab. Tetapi dia akhirnya menganggukkan kepalanya. Selepas itu dia mengeleng-mengelengkan kepalanya. Dalam hatinya berkata "Tak faham Melayu ke dia ni. Nampak macam orang Melayu".

Selang beberapa minit kemudian, penumpang itu bertanya lagi "Encik, adakah encik orang Melayu?". Lelaki itu akhirnya menjawab dengan rasa bosan tetapi yakin, "Ya!, saya orang Melayu". Selesai dia menjawab, penumpang tadi ketawa berdekah-dekah. "Kah! Kah! Kah!". Lelaki itu kemudian bertanya "Kenapa awak ketawa?". Jawab penumpang itu sambil terus ketawa besar "Kah! Kah! Tapi rupa awak tak nampak macam rupa orang Melayu". "Kah! Kah! Kah!" dia terusan ketawa.

Share this lawak:

About the Author


Rating: Not yet rated

Comments

  • Fri, 21 Sep 2007 at 2:11 PM, by sheina
    giler...

  • Tue, 11 Mar 2008 at 3:25 PM, by masterneo
    ????? melayu ????

  • Sun, 7 Sep 2008 at 5:04 AM, by namzar_83
    x lawak pon.....!

  • Tue, 4 Nov 2008 at 3:28 PM, by kucing
    ???aku x paham la..apekah maksud beliau d sbalek smua ini??

  • Sun, 30 Nov 2008 at 11:49 PM, by awek_brutal
    smer ar kucing aq pon xpham gak.... dye ni nk wat lawak ker??? nk bg org frust.....

  • Mon, 26 Jan 2009 at 7:27 PM, by pinko
    lwak pe ni???adoi..

  • Tue, 3 Mar 2009 at 11:58 AM, by remy86
    campak je penumpang tu kuar kapal terbang,abeh citer..wat penat aku bace je

  • Add Comment

    You do not have permission to comment. If you log in, you may be able to comment.