Lawak jenaka . com

Welcome Guest

Search:

Lawak Seram

Share this lawak:

View PDF | Print View
by: mahmudzaim
Word Count: 242
Date: Thu, 10 Sep 2009 Time: 3:00 PM
0 comments

Maka tersebutlah kisah perihal 3 ekor pontianak. Memasing nak nunjuk siapa yang paling terer. Mereka pun mengadakan sebuah pertandingan tunjuk sapa paling power. Pontianak yang paling muda diberi kesempatan untuk memulakan pertandingan. Lalu dia pun terbang secepat kilat, tak sampai 5 minit dah balik. Mukanya penuh dengan lumuran darah, dan menyeramkan.

Terus dia berkata : "Nkorang nampak kampung kat seberang bukit itu ?" Yang dua ekor pontianak tu ngangguk, "Iya, nampak. "Satu kampung tu ...habiissss aku kerjakan!!!!"

Angin jugak dua ekor pontianak tu dengar keangkuhan pontianak muda. Kini giliran pontianak yg setengah abad tu pulak. Dia pun pergi sekelebat jugak, tak sampai 2 minit dah balik, mukanya juga penuh dengan cucuran darah.

"Nkorang nampak bandar tu ?", katanya dengan muker yg kerek "Iya, nampak", yang dua ngangguk juga. "Satu bandar itu juga habiiissssss!!!", kata pontianak yg setengah abad sambil ketawa seram," ha ha ha hah".

Pontianak yang satunya lagi tambah panas. Dia pun tunjukk skill terbang cam kilat. Amat lah terperanjat nya dua sahabatnya, sebab tak sampai setengah minit dia dah balik, dengan penuh cucuran darah di mukanya...

Lalu pontianak yg 2 ekor tu berkata, "gilaa ahh dia ni tak sempat aku nak duduk dia dah balik, memang dia paling power". Sambil mengosok gosok idong nya pontianak tu pun berkata , "Nkorang nampak tembok batu tu ?"

"Nampak! Nampak!", kata yang 2 ekor tu...

"Err aku tadi tak nampak".
Share this lawak:

About the Author

dalam sungai ada buaya atas jalan ada kereta


Rating: Not yet rated

Comments

  • Thu, 10 Sep 2009 at 3:14 PM, by justboycuz
    aku suke bla hantu tu langar tembok jerr...

  • Thu, 10 Sep 2009 at 3:50 PM, by kuntum
    hahaha..that so funy.. i like it...

  • Sun, 13 Sep 2009 at 1:10 AM, by gigi_biru
    waaahhh...lawaklah bra..

  • Tue, 15 Sep 2009 at 3:09 AM, by soon yee
    wawawawawawawawawawawawawawwawawawawawawawawawawawawawawawawawawawhahahahahahahahahahahahahahahahahahkikikikikikikikihahahahahahahahahkikikikikikikikikikkii tq2 tq sgt (ade org bt ak glak ari ni)

  • Tue, 29 Sep 2009 at 10:40 AM, by skulls
    dh berzaman la lawak ni.

  • Add Comment

    You do not have permission to comment. If you log in, you may be able to comment.