Lawak jenaka . com

Welcome Guest

Search:

lawak cinta

Share this lawak:

View PDF | Print View
by: mamai
Word Count: 386
Date: Thu, 7 Aug 2008 Time: 2:29 AM
27 comments

Ada seorang gadis.

Dah lama saya kenal.

Dah lama saya jumpa.

Makhluk-makhluk kurusiti rumah saya pun dah kenal.

Kenal sangat.

Saya kenal gadis yang dulunya, ayu, lembut, sentiasa tersenyum, gigh belajar, berbudi bahasa, dan pujaan ramai. Siapa tak nak gadis yang cantik mulus, berbudi bahasa, dan sangat manja bukan?

Tapi, makhluk kurusiti di rumah saya mengenalinya, hanya sebagai seorang gadis yang mempunyai masalah dalam perhubungan. Hummm…

Apapun, si gadis memang mempunyai masalah. Situasinya begini

Bercinta dengan seseorang (saya guna akronim lelaki A), tetapi ada halangan, dan lelaki A juga seorang yang ganas. Sudah beberapa kali gadis ditumbuk. Kau ingat gadis adalah punch-bag?

Jadi, tidak lama kemudian gadis berkenalan dengan lelaki B. Lelaki B yang saya kira kacak, manja dan ada visinya. Ada rupa.

Namun si gadis masih takut untuk meninggalkan lelaki A. Takut dipukul lagi. Dulu sehingga berdarah bibir. Si lelaki B pula sudah kirimkan cincin tanda, dan sudah mengikuti kursus kahwin.

Masalahnya sekarang.

Gadis mahu meninggalkan A, dan mahu bersama B. Tetapi si gadis takut dengan A. Jadi berpura-puralah dengan si A. Si B dapat tahu. Apalagi merajuklah si B.

Gadis semakin tertekan…..

Jadi apa solusinya. Si gadis tanya saya.

Saya turunkan di bawah beberapa cara untuk membetulkan keadaan…

1. Buat Laporan Polis
Buat laporan polis kerana diganggu dan dicederakan. Itu solusi terbaik, memandangkan si A sudah melampaui batasan. Kalau mahu ganggu juga, silakan masuk lokap ya…

2. Beritahu Keluarga
Cara yang baik juga. Sekurang-kurang mak dan abah tahu apa yang sedang berlaku. Tidaklah mereka akan terkejut jika sesuatu berlaku.

3. Jangan Libatkan Pihak Ketiga
Gadis perlu selesaikan sendiri. Bukan mahu tunjuk pandai. Takut pula, nanti ada kawan rapat yang jadi musuh dalam selimut. Depan manis, belakang jadi Kak Pora, memedaskan berita yang biasa-biasa.

4. Mandremkan Je
Jumpa Ustaz, minta ayat pelindung sebagai amalan. Kita tak boleh 100% mengharapkan usaha kita sahaja untuk senang dalam kehidupan, tetapi memerlukan pertolongan dari Tuhan juga. Janganlah pula jumpa bomoh Siam suruh busungkan, atau jumpa Bobohizan, biar dia rasa kemaluan ada dekat dahi. Kesian….

5. Buat-buat Gila.
Eh tak boleh. Nanti jadi gila betul. Hahhahahahha.

6. Tenangkan Si B
B tu memang sayangkan gadis. Jadi gadis perlu ambil hati B. Jangan harapkan B faham situasi, gadis boleh bersenang lenang. Tidak. Siapa mahu makwenya jumpa bekas kekasih? Angkat tangan!

Itulah sahaja saranan saya.

Kamu ada cadangan?

Sebenarnya, seronok juga sesekala jadi Kak Sri Siantan nih…

hahahahaha....bestnyer... 

Share this lawak:

About the Author


Rating: Not yet rated

Comments

  • Thu, 7 Aug 2008 at 3:12 PM, by naruto_smj
    ka, sy x phm ap motif kak send JOKE ni kt lawakjenaka...

  • Thu, 7 Aug 2008 at 3:12 PM, by naruto_smj
    kak, sy x phm ap motif kak send JOKE ni kt lawakjenaka...

  • Fri, 8 Aug 2008 at 8:49 PM, by kecik
    ye2, btl tu...pe motifnye?xklaka pn

  • Sun, 10 Aug 2008 at 9:34 PM, by bangsat
    merapu...

  • Wed, 20 Aug 2008 at 10:24 PM, by irfan411
    sya pon x tau,apa motifnya

  • Fri, 22 Aug 2008 at 12:19 PM, by entahlerr
    lwak ker????

  • Sat, 23 Aug 2008 at 2:38 PM, by anna2
    memang merapu....

  • Wed, 27 Aug 2008 at 10:44 AM, by syamok
    penat jer ko menaip panjg2 orang bukanye phm pon

  • Thu, 28 Aug 2008 at 11:09 PM, by puteri_ayam
    ntahhh...aku xphm jgk...

  • Sun, 31 Aug 2008 at 3:11 PM, by hotmeylo
    apa ke benda nyer nie....???

  • Mon, 1 Sep 2008 at 4:47 PM, by nazchamp
    nie la lawak yg x lwak tapi cuba dilawakkan oleh org yg lwk yg suka bca lwk yg x lwk tp nk lwk. maka dia send lwk yg x lwk tp nk lwk sbb cuba dilawakkan oleh org yg lwk.

  • Mon, 1 Sep 2008 at 9:26 PM, by zanish
    MERAPU

  • Fri, 5 Sep 2008 at 9:42 AM, by nrziela
    aku pun tk pam gah... letih memikirkannya

  • Sat, 6 Sep 2008 at 1:49 AM, by avast
    budak ni baru bangun tdo kot tup tup trus taip lawak ni n sent sinih...mamai ni mamai tahap kritikal ni...

  • Sat, 6 Sep 2008 at 11:46 AM, by joyce
    PANJANG SANGAT LA...MALAS NAK BACA..HEHEHHEHEE..

  • Fri, 12 Sep 2008 at 3:06 PM, by momo
    hhhmm...

  • Thu, 18 Sep 2008 at 6:31 PM, by J[o]k[e]r.!!!
    tak lawak lansung!!!!!

  • Wed, 24 Sep 2008 at 10:36 PM, by kepala_paip
    woit....aku usaha nak gelak...x boleh nak gelak neh

  • Fri, 10 Oct 2008 at 2:33 AM, by longranger
    mamai ni dh trminum santan agaknyaa

  • Mon, 13 Oct 2008 at 12:29 AM, by Mr_PoT@To
    Anda ngah mamai ke...

  • Tue, 14 Oct 2008 at 3:04 PM, by crocop79
    baguih nie lawak kambing

  • Tue, 14 Oct 2008 at 3:05 PM, by crocop79
    ko nie suka kat seseorang ke.

  • Tue, 14 Oct 2008 at 3:08 PM, by merr
    boring la!!!!

  • Mon, 17 Nov 2008 at 3:38 PM, by loyzluv
    apa plak.. kan ni ok.. ada citer. ada prob.. ada soloution kan.. tp salah site la plak.. huhu

  • Fri, 5 Dec 2008 at 1:52 AM, by kambing_ego
    crocop79 ...kambing2 jgn sebut aaa...marah nehhh

  • Wed, 17 Dec 2008 at 8:40 PM, by pepi
    wat da hack?? hue3

  • Tue, 17 Nov 2009 at 3:50 PM, by emelda
    lawak bodoh la, ingat kan apa tadi ,buat penat baca...

  • Add Comment

    You do not have permission to comment. If you log in, you may be able to comment.