Lawak jenaka . com

Welcome Guest

Search:

Kisah seram di KLCC

Share this lawak:

View PDF | Print View
by: ZeMMs
Word Count: 231
Date: Sat, 13 Jan 2007 Time: 12:00 AM
0 comments

Kisah benar ini berlaku di Menara KLCC yang menjadi kemegahan kini. Pernah terjadi pada satu hari, waktu tu KLCC baru saja dibuka untuk kegunaan ramai. Seorang pegawai yang bertugas lebih masa terpaksa tinggal di pejabat keseorangan. Toleh kanan dah tak ada orang, toleh kiri pun dah tak ada orang lagi, tengok jam di tangan dah pukul tiga lebih. Maka lelaki ni pun bergegaslah untuk turun ke bawah. Kebetulan pula pejabatnya di tingkat 40, kalau nak diikutkan time ni dah tak patut ada orang lagi dah. Lelaki ni pun melangkah masuk ke lif. Tekan butang G, tetiba saja lif bergerak laju naik ke atas. Lelaki ni mula tak sedap hati. Sampai di tingkat 56, lif tiba-tiba berhenti. Berdegup kencang jantung lelaki itu. Masuk sorang perempuan cantik, memang tak pernah pun dilihat sebelum ni. Melangkah masuk saja diiringi dengan bau harum semerbak. Dalam hati lelaki ni memang dah tak tenteram. Bau wangi ni pun dah buat dia berfikir panjang. Lif turun semula menuju ke tingkat bawah. Sampai saja ke tingkat 18 tetiba saja lif berhenti. Tetiba juga lampu lif terpadam. lelaki ni mula panik. serentak itu juga ada bau yang amat meloyakan tekak menusuk hidungnya. Tentu dapat di baca apa yang terlintas di fikirannya. Beberapa saat kemudian lampu bernyala semula. Dalam ketakutan, lelaki ini memberanikan diri menoleh ke belakang ............................... 

Dengan muka kemerahan, perempuan itu berkata "he...he....he..... maafkan saya. Tadi saya terkentut" Share this lawak:

About the Author


Rating: Not yet rated

Comments

  • Wed, 2 Jul 2008 at 12:21 PM, by putrisalju
    hehehehehehe....wt suspen jerk!

  • Fri, 24 Oct 2008 at 8:34 PM, by rotkappchen
    hahaha lawak siot..

  • Add Comment

    You do not have permission to comment. If you log in, you may be able to comment.