Lawak jenaka . com

Welcome Guest

Search:

Masalah pendengaran

Share this lawak:

View PDF | Print View
by: nike10
Word Count: 158
Date: Fri, 29 May 2015 Time: 7:10 AM
0 comments

Masalah pendengaran

Udin pergi berjumpa doktor mengeluh tentang isterinya yang sudah hilang pendengaran.

"Seberapa burukkah pendengarannya?" tanya doktor.

"Entahlah, Doktor. Yang jelas saya mesti menjerit kalau nak berbual dengannya."

"Okey,
cuba buat macam nie. Berdiri sejauh 6 meter darinya, lalu katakan
sesuatu. Kalau dia tak boleh dengar kamu, berdirilah lebih dekat
sedikit darinya, lalu katakan yang kamu katakan tadi. Kalau dia tidak
juga dengar, dekatkan jarak sedikit demi sedikit. Dengan begitu saya
akan tahu berapa jarak maksima pendengarannya."

Maka, Udin
pulang ke rumah dan mendapati isterinya sedang memasak di dapur. Dari
jarak 6 meter ia berteriak, "Makan apa kita malam ini?" Tak ada
jawapan. Lalu dia jalan depan sedikit lagi, berhenti di jarak 5 meter
dan menanyakan hal yang sama. Juga tak terdengar jawapan. Begitu juga
pada jarak 3 meter.

Akhirnya, ia berdiri di samping isterinya.
"Makan apa kita malam ini?" katanya separuh menjerit.

Si isteri dengan mata yang berlinangan dengan air mata, lalu menjerit:

"Untuk keempat kalinya aku beritahu, KARI KAMBING!!!!"

Share this lawak:

About the Author

Live forever


Rating: Not yet rated

Comments

Add Comment

You do not have permission to comment. If you log in, you may be able to comment.